"mengekalkan kerajaan masa kini akan menjamin kestabilan dan kemakmuran"


SHARIFAH HASIDAH SAYEED
AMAN GHAZALI
ADUN N.7 Semariang
 
 
 
 
2 Ogos 2010 - Rakyat diseru agar terus mengekalkan kerajaan sedia ada untuk menjamin kestabilan dan kemakmuran buat semua.

"Adalah baik untuk kita semua berusaha untuk mengekalkan kerajaan masa kini agar kesinambungan pembangunan seperti infrastruktur dan manusia dapat diteruskan yang mana memberikan faedah kepada rakyat" kata Hasidah.

"Pertukaran kerajaan sebenarnya tidak menjamin semua ini malah contoh dari negara jiran yang sentiasa bertukar kerajaan mengalami pembangunan ekonomi yang tidak stabil hingga menyebabkan rakyat terpaksa ke luar negara untuk bekerja" katanya.

Saya sering menerima komen agar kerajaan masa kini yang diterajui oleh BN ditukarkan kepada parti yang lain dalam Facebook.

"Saya membalas respon mereka dengan
menyakinkan betapa perlunya kerajaan Barisan Nasional yang sedia ada dikekalkan dengan melihat usaha yang telah dilaksanakan selama ini", tambahnya lagi.


Kita harus menyedarkan mereka bahawa selama Barisan Nasional menerajui kerajaan, pelbagai usaha dan langkah telah diadakan untuk mermbangun dan mendatangkan faedah kepada rakyat agar nasib mereka dapat dibela, katanya.

"Kita lihat sendiri bagaimana parti pembangkang yang memimpin beberapa negeri di negara ini menghadapi pelbagai masalah dan akibat daripada ini, kerajaan berkenaan hilang fokus untuk membangun dan memperjuangkan nasib rakyat," tambahnya lagi.

Kita tidak mahu pengalaman pahit ini berlaku di negeri ini sebaliknya menjadikannya sebagai satu pengajaran dan tauladan yang amat bermakna agar kita waras dalam membuat keputusan atau undian nanti.

Beliau juga menghargai sumbangan dan kerjasama daripada SEDC dan DBKU yang sudi untuk menganjurkan Pesta Makanan yang telah berlangsung selama tiga hari, dan berharap jaringan ini akan terus dikekalkan dan membolehkan pesta ini diadakan pada masa yang akan datang.

Beliau berucap di majlis penangguhan Pesta Makanan 2010 di kampung ini yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuching Utara.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah  Datuk Bandar Kuching Utara Abang Atei Madaan, Haji Wan Liz Othman, Timbalan Pengurus Besar SEDC, Tuan Haji Onn Abdullah, Pengarah DBKU dan Haji Ahmad Mansor, Pengerusi Pengelola.

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan bersempena dengan pesta berkenaan juga diadakan yang disampaikan oleh Datuk Bandar dan Sharifah Hasidah.










Diubahsuai dari sumber asal, The Borneo Post (2 Ogos 2010)
Kekalkan kerajaan sedia ada untuk kestabilan dan kemakmuran