"
Pesta makanan merupakan satu lagi tarikan di kampung ini dalam usaha untuk mengadakan promosi makanan tempatan"

HAJI AHMAD MANSOR
Pengerusi Pengelola
 
 
 
 
1 Ogos 2010 - Pada awal kita menganjurkan Lan Berambeh, ramai usahawan kita yang masih segan dan malu untuk menyertainya tetapi setelah empat tahun penganjurannya, kini usahawan kampung begitu bersemangat sekali untuk menyertainya, dan hari ini penganjuran Pesta Makanan pula.

Pesta Makanan merupakan satu pengiktirafan oleh pihak SEDC kepada kampung ini dan sesungguhnya kita sepatutnya bangga dengan penghormatan sedemikian.

Ianya pasti menjadi satu lagi tarikan di kampung ini dalam usaha untuk mengadakan promosi makanan tempatan kepada pengunjung khususnya para pelancong agar menyedari akan keunikan dan keistimewaan makanan tempatan, kata Haji Ahmad Mansor, Pengerusi Pengelola Pesta Makanan 2010.

Beliau berucap ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis pelancaran Pesta Makanan yang diadakan di sini.



.
Oleh itu, kita berterima kasih dan menghargai kepada pihak SEDC kerana memilih kampung kita bagi penganjuran pesta ini, tambahnya lagi.

Apa yang penting ialah, pesta ini mampu menjadi landasan awal kepada usahawan kita untuk mengadakan kegiatan keusahawanannya supaya mampu meningkatkan status ekonomi masing-masing khususnya dalam industri makanan, katanya.

"Kedua industri kotej dan makanan merupakan contoh produk yang mampu memberikan sumbangan kepada sektor pelancongan," kata Ahmad.

Beliau juga menghargai sumbangan dan kerjasama daripada pihak SATT dan Giatmara yang telah bersama-sama menjayakan pesta ini.

"Kita berharap kerjasama berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara sektor kerajaan dan swasta dengan masyarakat kampung disamping mendapat informasi mengenai peluang latihan yang ditawarkan khususnya yang berkaitan dengan makanan," ulas Ahmad lagi.


Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang pesta berkenaan meliputi pertandingan memasak rendang daging dan nasi aruk, ngukur nyiur, makan jagung,  demonstrasi memasak dan bengkel etika meja makan. Selain persembahan pentas rama pada malanya.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Puan Sharifah Hasidah, ADUN N.7 Samariang, Datuk Bandar Kuching Utara Abang Atei Madaan yang dilancarkan oleh YB Datuk Haji Talip Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan Sarawak.











Diubahsuai dari sumber asal, The Borneo Post (1 Ogos 2010)
Warga kampung semakin berminat untuk berniaga