"kaum wanita yang mengusahakan tudung keringkam harus lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan bentuknya"

YB DATIN HAJJAH FATIMAH ABDULLAH
Menteri Di Pejabat Ketua Menteri
 
Hakcipta Terpelihara © 2008. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia.
 
 
23 April 2010 - Kampung Sungai Bedil Besar mungkin dijadikan sebagai pusat 1 Daerah 1 Industri (1D1I) jika industri sulaman keringkamnya mencapai standard pasaran.

Pengarah Perbadanan Kraftangan Malaysia, Suhaimi Abdul Manaf berkata pihaknya kini masih menilai tahap sulaman keringkam oleh kampung terbabit.

"Kami telah mengadakan bengkel di kampung ini, yang kini masih di peringkat asas dan akan terus menjalankan bengkel ini dari semasa ke semasa," katanya.

Apabila tahap sulaman keringkam peserta mencapai standard pasaran, barulah kami mengemukakan cadangan kepada ibu pejabat Kraftangan di Kuala Lumpur untuk menjadikan kampung ini sebagai pusat 1D1I, tambahnya lagi.

"Kita berharap penduduk kampung terbabit komited dalam meningkatkan tahap sulaman keringkam mereka daripada usahawan mikro kepada usahawan kecil dan sederhana (IKS)," katanya lagi.
Beliau berkata demikian di majlis penangguhan Bengkel Sulaman Keringkam yang berlangsung selama lima hari bermula 19-23 April yang lalu yang dianjurkan oleh Biro Ekonomi JKKK bersama Kraftangan Malaysia dan Biro Wanita KPSU..

"Saya fikir peluang untuk kampung berkenaan mendapat status tersebut  adalah tinggi dan berharap ianya dapat dicapai pada penghjung  tahun ini," ujarnya.

Menurut Suhaimi, kini terdapat enam kampung yang dijadikan sebagai pusat 1D1I, iaitu Kampung Payaum di Serian,  Kampung Jaee dan Rangawan di Samarahan dan masing-masing di Kampung Kuala Rejang dan Mukah.

Antara industri yang dipasarkan ialah bemban, tenunan songket dan sebagainya.




Diubahsuai dari sumber asal, Utusan Borneo (24 April 2010) dan The Borneo Post (24 April 2010)


Kampung Sungai Bedil Besar mungkin akan dijadikan pusat 1Daerah 1Industri