"kaum wanita yang mengusahakan tudung keringkam harus lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan bentuknya"

YB DATIN HAJJAH FATIMAH ABDULLAH
Menteri Di Pejabat Ketua Menteri
 
Hakcipta Terpelihara © 2008. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia.
 
 
23 April 2010 - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil Besar komited untuk menghidupkan semula industri sulaman keringkam di kampung ini.

"Pada masa dahulu dalam tahun 70an, ramai kaum wanita kampung berkecimpung dalam kegiatan sulaman keringkam di kampung ini namun kegiatan berkenaan telah hilang kerana tiada kesinambungan oleh generasi baru'" kata Zamahari Haji Saidi.

Beliau menyampaikan ucapan aluan di majlis penangguhan bengkel sulaman keringkam yang dianjurkan oleh JKKK bersama Kraftangan Malaysia dan Biro Wanita, KPSU.

Oleh itu, dalam mesyuarat JKKK telah bersetuju agar usaha-usaha untuk menghidupkan semula kegiatan sulaman ini digerakkan, katanya.

"Sebelum kita mengambil tindakan seterusnya, para peserta yang terdiri daripada golongan wanita harus didedahkan dengan sulaman ini terlebih dahulu agar mereka memahami teknik dan kaedah sulaman dengan betul," katanya.
Beliau berkata, kita amat berterima kasih kepada Kraftangan Malaysia dan Biro Wanita KPSU kerana sudi membantu kita menganjurkan bengkel ini, tambahnya lagi.

Seramai 20 wanita yang terdiri daripada suri rumah menghadiri bengkel lima hari yang bermula 19-23 April yang dibantu oleh Puan Hajjah Dayang Mastura sebagai fasilitator mereka.

"Harapan kita ialah untuk menjadikan sulaman keringkam ini sebagai satu produk kampung dimana   ianya akan dipasarkan oleh koperasi yang akan ditubuhkan nanti," tambahnya lagi.

Usaha ini memerlukan masa dan sokongan pelbagai pihak dan cadangan Kraftangan Malaysia untuk menjadikan kampung ini dalam projek 1 Daerah 1 Industri, amatlah disambut baik , ujarnya.

"Melalui usaha sedemikian, kemahiran yang telah diperolehi oleh peserta ini  dan setelah melalui pelbagai latihan dan pendedahan, InsyaAllah  mutu sulaman keringkam mereka pasti akan  mengikut kehendak pasaran," katanya.
JKKK komited hidupkan semula sulaman keringkam kampung
 
Jika ini menjadi kenyataan dan peranan yang dimainkan oleh koperasi yang bertindak memasarkan produk ini, ia akan menguntungkan semua pihak bukan hanya peserta malah koperasi itu sendiri, tambahnya lagi.

Bengkel lima hari ini telah ditangguhkan dengan rasminya oleh YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah, Menteri Di Pejabat Ketua Menteri.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah YB Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN N7 Semariang, Puan Norjanah Razali, Pengarah Biro Wanita, Pengarah Kraftangan Malaysia, Encik Suhaimi Abdul Manaf.