"program seumpama ini mampu memberi peluang kepada usahawan kecil kampung mempromosikan produk masing-masing"

YB DATUK HAJI TALIP ZULPILIP
Menteri Muda Pelancongan dan Warisan
 
Hakcipta Terpelihara © 2008. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia.
 
 
9 Mei 2010 - Penduduk Kampung Sungai Bedil Besar telah membuat perancangan untuk memulakan projek melayari sungai (river cruise) bagi pelancong dalam tempoh dua bulan lagi.

"Kami telahpun menubuhkan sebuah Koeprasi yang dikenali sebagai Koperasi Lan Berambeh Sungai Bedil baru-baru ini yang akan bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti promosi bagi menjayakan projek ini, " kata Haji Ahmad Mansor.

Beliau yang juga Pengerusi Pengelola Program Lan Berambeh Kampung Sungai Bedil Besar  berkata demikian semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis perasmian program Lan Berambeh di kampung berkenaan.

"Pada masa ini, kita telah membeli sebuah bot dan kini sedang diubahsuai bagi tujuan berkenaan dimana bot berkenaan berupaya membawa seramai 12 penumpang melayari Sungai Sarawak bermula dari Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hingga ke Tupong." katanya lagi

Setiap penumpang akan dikenakan bayaran sebanyak RM25 seorang, satu pakej yang termasuk jamuan masakan dan kuih tradisional
disamping melayari sungai, tambah beliau lagi.

"Koperasi yang bertindak menggerakkan usaha ini akan mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak yang terbabit dengan pelancongan agar usaha ini dapat dijayakan, katanya.

Beliau berkata, usaha juga sedang diambil untuk memperkenalkan projek homestay di kampung ini dan langkah-langkah mengenalpasti rumah-rumah yang terlibat telah dilakukan.

"Kita berharap dengan inisiatif  dan melihat potensi bidang pelancongan untuk menjana pendapatan, usaha ini akan mampu menyediakan peluang kepada warga kampung untuk meningkatkan status ekonomi masing-masing." kata Ahmad Mansor lagi.

Warga kampung jemput pelancong ikuti "river cruise" di Sungai Sarawak
Diubahsuai dari sumber asal, The Star, 8 Mei 2010.