"program seumpama ini mampu memberi peluang kepada usahawan kecil kampung mempromosikan produk masing-masing"

YB DATUK HAJI TALIP ZULPILIP
Menteri Muda Pelancongan dan Warisan
 
Hakcipta Terpelihara © 2008. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia.
 
 
9 Mei 2010 - Kita menyambut baik usaha yang telah dilakukan oleh penduduk di Kampung Sungai Bedil Besar kerana berjaya menganjurkan program berkenaan.

"Saya sendiri yang sering mengikuti hadir dan mengikuti perkembangan program ini, mendapati bahawa program ini bermula secara kecil-kecilan sahaja tetapi semakin berkembang dan mendapat sambutan dari kalangan penduduk untuk sama-sama melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan." kata Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

"Kalau dulu program ini hanya diadakan secara kecil-kecilan tetapi berbeza pada tahun ini, pihak kampung telah berjaya menjemput menteri untuk merasmikan program ini." katanya lagi

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.7 Semariang berkata, ini menunjukkan bahawa program ini semakin berjaya dan boleh menjadi aktiviti tahunan kepada penduduk di kampung ini.

"Saya akan sentiasa menyokong program seumpama ini kerana ia dapat memberi pendedahan kepada suri rumah untuk menceburi
Bermula dari kecil-kecilan kini semakin mendapat sambutan
Diubahsuai dari sumber asal,  Utusan Sarawak (9 Mei 2010), Berita Harian (10 Mei 2010) dan Utusan Borneo (9 Mei 2010).
bidang perniagaan secara kecil-kecilan menerusi kemahiran yang dimiliki mereka," ujarnya lagi.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur dan penduduk kampung kerana sejak program ini diperkenalkan, ianya semakin berjaya.

Dalam majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan geran sebanyak RM10,000 kepada JKKK kampung berkenaan.