"program seumpama ini mampu memberi peluang kepada usahawan kecil kampung mempromosikan produk masing-masing"

YB DATUK HAJI TALIP ZULPILIP
Menteri Muda Pelancongan dan Warisan
 
Hakcipta Terpelihara © 2008. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia.
 
 
5 Mei 2010 - Edisi Keempat Program Lan Berambeh di Sungai Bedil  dijanjikan sebagai yang terbesar pernah dianjurkan dengan membabitkan penyertaan sebanyak 42 pameran untuk jualan dan promosi, pertandingan playstation2 dan kemunculan Saiful Malaysia Idol.

Program berkenaan yang telah berlangsung sejak tiga tahun lepas akan diadakan pada 7-9 Mei 2010 yang dianjurkan bersama dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Biro Kejiranan Mesra Kampung Sungai Bedil Besar.

"Objektif utama penganjuran program berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada usahawan kecil kampung mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat serta menjana dan meningkatkan pendapatan keluarga. " kata Haji Ahmad Mansor, Pengerusi Pengelola program berkenaan.

Dalam masa yang sama, program ini juga merupakan satu pendekatan untuk mengukuhkan lagi semangat kejiranan dan kerja berpasukan di kalangan warga kampung, katanya lagi.

Beliau berucap di majlis persidangan akhbar  dan penyampaian beras oleh BERNAS, salah sebuah
Program Lan Berambeh 2010 yang terbesar pernah dianjurkan
penaja utama program berkenaan  yang menyumbang sebanyak 300kg beras kepada pihak penganjur.

"YB Datuk Haji Talib Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan dan warisan dijangka akan melakukan pelancaran program berkenaan pada 8 Mei manakala penutupnya pula oleh YB Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali," tambahnya lagi.

Program kali ini akan menyaksikan pembabitan sebanyak 42 bilik pameran jualan dan promosi, dimana daripada jumlah berkenaan 23 disediakan untuk usahawan kampung, empat untuk usahawan luar dan bakinya digunakan untuk pameran oleh pelbagai agensi kerajaan seperti SEDC, KPSU, DBKU, KEMAS, IKM, FAMA dan Pertahanan Awam disamping BERNAS.

Antara aktiviti yang akan diadakan meliputi Pertandingan Memasak yang membabitkan seramai 16 peserta yang akan memasak "asam pedas ikan keli" dimana FAMA menyediakan  1okg ikan keli manakala Nestle menaja perencah Maggi sementara Petronas menaja gas memasak.

Selain itu, demonstrasi memasak kuih dan lauk tradisional juga diadakan oleh para penduduk.
 
Pertandingan Memasak akan diteruskan pada esoknya yang ditaja oleh KRT Seberang Ulu yang terbuka kepada penduduk kampung hingga ke Tupong.

Pertandingan mewarna yang disertai oleh anak-anak Tabika KEMAS sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri N.7 Semariang juga diadakan yang dianjurkan oleh KEMAS.

Lain-lain aktiviti yang mampu menarik minat ramai ialah Pertandingan Karaoke, tarian shuffle, poco-poco, PS2.

Apa yang pasti yang akan menjadi tarikan utama ialah persembahan celebriti terkenal, Saiful Malaysia Idol pada sebelah malamnya.
Diubahsuai dari sumber asal, The Borneo Post,  6 Mei 2010.