"apabila saya melawat kampung, saya dapat mendengar daripada mulut wakil rakyat dan pemimpin tempatan mengenai permasalahan rakyat"

YAB DATUK SERI MOHD NAJIB
TUN RAZAK
Perdana Menteri Malaysia
 
 
 
 
2 Mac 2010 - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang berkunjung ke kampung ini telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk membina pusat komuniti kampung.

Pembinaan pusat komuniti kampung merupakan satu projek yang diusahakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung ini yang telahpun dibincangkan bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Melalui pengumuman Perdana Menteri  itu merupakan satu hadiah dan durian runtuh buat penduduk kampung sebab kerajaan prihatin dengan kehendak rakyat.

Pusat komuniti berkenaan yang berciri 3 dalam 1 akan menempatkan kelas Tabika KEMAS di tingkat bawah, kelas tuisyen dan pusat sumber di tingkat atas.

"Ini merupakan satu usaha kita untuk meningkatkan kemudahan di kampung ini agar penduduk mendapat faedah daripadanya," kata Haji Ahmad Mansor, Ketua Ranting PBB kampung itu.
Ahmad berkata, pusat ini mampu menarik lebih ramai anak-anak kampung mengikuti kelas pra sekolah memandangkan lokasi masa kini kurang sesuai dengan bangunan yang semakin uzur.

"JKKK  telah membeli tapak tanah berkenaan hasil sumbangan YAB Ketua Menteri Sarawak dengan kos yang minima dan diwakafkan kepada Majlis Islam Sarawak dibawah seliaan Tabung BaitulMal Sarawak," katanya lagi.

Oleh itu, memandangkan tapak tanah sudah ada dan peruntukanpun sudah ada, saya yakin dalam masa terdekat ini, kerja-kerja pembinaan akan dapat dilakukan.

Sasaran kita ialah pada tahun depan, anak-anak kampung dapat menghadiri kelas pra sekolah di bangunan berkenaan bila sesi persekolahan dibuka nanti, InsyaAllah, ujarnya lagi.

Satu lagi peruntukan ialah projek mencantik sungai yang dikenali sebagai Sungai Besar Besar yang bernilai lebih RM6 juta.

Projek tambatan banjir ini pastinya akan memberikan faedah kepada penduduk kampung.
Apa yang penting ialah projek ini akan menjadikan kampung ini lebih cantik dan mempunyai kemudahan yang lebih selesa serta menguntungkans emua orang, katanya.

Kita berharap apabila semua projek berkenaan siap nanti, ianya akanmenjadi mercu tanda sebagai ingatan kampung kepada YAB Perdana Menteri yang sudi berkunjung bersama dengan rakyat di kampung  ini, ujarnya.
Kampung terima peruntukan untuk projek pembangunan
Berbincang pelan cadangan pusat komuniti bersama Datuk Seri Shafie Apdal