"sambutan Maulidur Rasul merupakan satu majlis untuk mengingati perjuangan Rasulullah S.A.W menyebarkan ajaran Islam yang suci"

YBHG ENCIK ZAMAHARI HAJI SAIDI
Pengerusi Surau Nurul Muslimin dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kejiranan Mesra
 
Hakcipta Terpelihara © 2008. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia.
 
 
15 Februari 2011 - Lebih 200 orang warga kampung bersama-sama menjayakan dan menyertai perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.

Program anjuran Ahli Jawatankuasa Surau dan Jawatankuasa Kejiranan Mesra (KJM) itu merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan.

Sewal jam 7.00 pagi lagi, warga kampung telah berkumpul di Dewan Serbaguna JKKK-Abone Ghani sebelum perarakan bermula yang melibatkan pelbagai peringkat umur.

Pelbagai bentuk aktiviti dianjurkan meliputi persembahan nasyid dan forum selain perarakan di sepanjang Jalan Kampung Sungai Bedil Besar dan Kampung Lintang.

Pengerusi Surau, Zamahari Haji Saidi turut menyampaikan ucapan aluan di majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Penghulu Haji Ghani Abone.