"projek pengindahan sungai di kampung ini akan mengubah kampung tradisi agar setaraf dengan kampung yang lain di bandaraya Kuching"

YB DATUK AMAR ABG HJ ABDUL RAHMAN ZOHARI TUN OPENG
Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak
 
Hakcipta Terpelihara © 2008. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia.
 
 
 
19 Oktober 2010 - Penduduk kampung tradisi Melayu diseru agar terus mengekalkan tradisi dan warisan yang telah diamalkan sejak lama walaupun mengalami tranformasi pembangunan yang hebat pada masa ini. 

""Walaupun projek pembangunan yang dilaksanakan akan mengubah landskap kampung  Melayu tradisi, adalah penting sekali kita terus mengekalkan keunikan dan warisan kampung" kata Datuk Amar Abang Johari.

Projek pembangunan kampung seperti pengindahan sungai ini merupakan satu usaha untuk mengubah kampung tradisi agar setaraf dengan kampung-kampung lain di bandaraya Kuching, tambahnya lagi.

Beliau berucap di majlis pecah tanah projek pengindahan dan tambatan banjir sungai bedil besar di Kampung Sungai Bedil Besar semalam.

Projek ini pastinya akan akan menjadikan kawasan berkenaan mempunyai persekitaran yang mesra alam dan bersih disamping  mencantikkan kampung, katanya lagi.
Projek pembangunan seumpama ini bukan hanya berlaku di kampung ini sahaja tetapi usaha pembangunan turut dilaksanakan di kampung-kampung lain.

"Projek pembangunan seumpama ini ini turut membabitkan Kampung Boyan,  Kampung Sinjan, Kampung Bintangor, Kampung Panglima Seman, Kampung Bintawa, Kampung Kudei, Kampung Kudei, Kampung Tabuan dan Kampung Stutong" jelasnya.

Projek-projek pembangunan ini dapat dilaksanakan sebab dibawah kepimpinan PBB sebagai tulang belakang Kerajaan Negeri  mempunyai hubungan yang amat baik dengan Kerajaan Pusat, tambahnya.

"Usaha ini akan dapat dijayakan sebab kita mempunyai hubungan yang amat baik dengan kepimpinan pusat yang sentiasa prihatin dengan kehendak rakyat" katanya.

Oleh itu, amat penting bagi rakyat agar terus bersatu dan mengekalkan perpaduan serta terus mengekalkan kepimpinan sedia ada agar semua perancangan pembangunan untuk faedah rakyat dapat dilaksanakan, tambahnya lagi.

 
"Banyak usaha untuk membangunkan rakyat sedang dan akan diambil oleh Kerajaan, tetapi rakyat haruslah memainkan peranan agar terus memberikan sokongan yang padu kepada kepimpinan yang sedia ada" tambah Datuk Johari lagi.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap pembangunan bandar amat menyedari akan kehendak rakyat dan projek hari ini merupakan satu bukti bagaimana prihatinnya Kerajaaan dengan kehendak rakyat. Tetapi usaha sebegini akan menjadi masalah jika rakyat silap membuat pemilihan nanti" katanya lagi.

Projek pengindahan sungai menelan belanja sebanyak RM7 juta untuk fasa pertama yang dijangka siap pada bulan penghujung bulan Februari 2011.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah AHli Dewan Undangan Negeri N.7 Samariang, Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.


Diubahsuai dari sumber asal, Utusan Sarawak (19 Oktoberl 2010) dan The New Sarawak Tribune (19 Oktober 2010)
Kampung tradisi Melayu perlu kekalkan warisan walau alami tranformasi pembangunan