"sekiranya pembangunan ekonomi berlaku tanpa adanya keamanan, pembangunan tidak akan dapat dijayakan dengan sempurna"

YB DATUK AMAR ABG HJ ABDUL RAHMAN ZOHARI TUN OPENG
Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak
 
Hakcipta Terpelihara © 2008. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia.
 
 
 
24 Disember 2010 - Sehingga kini, sebanyak tujuh platun RELA telah ditubuhkan di Kampung Sungai Bedil Besar. 

Sambutan yang menggalakkan ini adalah hasil daripada usaha gigih anggota RELAnya yang sentiasa menjalankan kempen keahlian setiap masa.  

Platun RELA kampung ini diketuai oleh Lt. Muda Zaidi Bin Obeng, yang bertanggungjawab dan mengambil inisiatif untuk menubuhkan RELA.

Pada awalnya, satu perjumpaan dengan pihak JKKK telah diadakan dan mendapat sokongan ang baik dari kalangan ahli-ahli JKKK.

Penghulu Haji Ghani Abone, selaku pengerusi JKKK mengalu-alukan inisiatif untuk menubuhkan RELA di kampung berkenaan dan JKKK menyokong sepenuhnya usaha berkenaan, katanya.

Respon daripada warga kampung untuk menjadi ahli RELA amatlah menggalakkan sekali, dan kita berbangga dengan hasil usaha mereka, katanya lagi.

 Dalam ucapan alu-aluannya di Majlis Pelancaran RELA Kampung Sungai Bedil Besar, Penghulu Haji Ghani mengingatkan agar semua ahli RELA kampung dapat memainkan peranan proaktif dan terbabit secara langsung dalam mana-mana program yang dianjurkan, tambahnya.

"Kita tidak mahu hanya berbangga mempunyai platun yang banyak tetapi ahli kurang bergiat aktif dalam kegiatan yang dianjurkan tidak akan memberi makna kepada kampung"

"Apa yang penting ialah pembabitan aktif mereka dalam kegiatan yang dianjurkan sebab saya yakin kampung ini sentiasa bergiat cergas dalam menganjurkan pelbagai program" kata Penghulu lagi.

Turut berucap di Majlis  berkenaan ialah Pengarah RELA Sarawak, Brid. Jen. Hamfutullah Syawal Hamdan.
 
Beliau berkata, secara keseluruhannya, seramai 164,000 penduduk negeri ini menganggotai RELA sehingga 24 Disember tahun ini.

"Saya berharap semua anggota dapat memberikan komitmen jitu terhadap tugas yang diamanahkan" kata Hamfutullah lagi.
 Setakat ini prestasi yang ditunjukkan oleh semua platun RELA di Sarawak adalah amat baik khususnya di kawasan Kuching Selatan, tambahnya lagi.

Beliau turut menasihatkan agar semua 11 platun RELA Kampung Sungai Bedil Besar menganjurkan pelbagai program untuk faedah semua ahlinya dan kewujudan RELA dapat dirasai oleh semua warga kampung, ujarnya lagi.

Terdapat 33 Daerah RELA di Sarawak dan semua anggotanya telah memainkan peranannya dengan baik, ujarnya lagi.

Penubuhan platun RELA mendapat sambutan dari warga kampung