"
Cendol seperti yang ada di sini (Sungai Bedil) mungkin mampu menarik minat seluruh dunia sebab industri makanan berpotensi luas"

YB DATUK HAJI TALIP ZULPILIP
Menteri Muda Pelancongan Sarawak
 
 
 
 
1 Ogos 2010 - Jangan terkejut jika gerai cendol boleh didapati di negara-negara di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Juadah Malaysia yang terkenal, terutamanya Cendol Kampung Sungai Bedil yang asalnya dari sebuah kampung, kini ada dijual di hotel ternama di sini dan menjadi kesukaan di kalangan pelancong luar.

Ini mendorong Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talip Zulpilip percaya bahawa juadah seumpama ini berpotensi untuk dipromosi secara global.

"Di sini terkenal dengan pembuat cendol Sungai Bedil tetapi untuk pasaran tempatan ianya dikenali sebagai Cendol Grand Margherita/Riverside Majestic agar juadah berkenaan mempunyai kelas dan pada dasarnya masyarakat tempatan lebih menghargai masakan hotel.

"Sementara di hotel pula, kita namakan Cendol Sungai Bedil sebab pelancong lebih berminat dengan makanan tempatan yang dilihat lebih exotik. Kedua-duanya menjadi tarikan sedangkan ianya dari juadah yang sama" katanya.
Oleh itu, kenapa kita tidak dapat mempromosinya secara meluas, tambahnya lagi.

Datuk Talib
yang juga Pengerus SEDC berucap di majlis pelancaran Pesta Makanan di Kampung Sungai Bedil Besar.

Mengambil contoh makanan berjenama global seperti McDonald yang berjaya membuat jutaan ringgit setiap tahun di seluruh dunia, Datuk Talip mencadangkan agar Malaysia mengambil langkah yang sama dan mempromosikan juadahnya sendiri.

"Kita tidak tahu. Cendol seperti yang ada di sini (Sungai Bedil) mungkin mampu menarik minat seluruh dunia sebab industri makanan berpotensi luas. Jika kita mengambil kira jenama global, kita hanya perlu untuk menyesuaikannya dengan komersial, persediaan dan persembahan sebab aspek ini penting untuk menarik minat orang," katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan bahawa program ini amat penting supaya produk mereka mendapat pengiktirafan dan berharap pesta ini bukan semata-mata untuk pameran tetapi satu peluang untuk mempromosi masakan dan meningkatkan pendapatan.
Talib juga menekankan bahawa kita sengaja mengadakan pesta ini pada tarikh berlangsungnya Regatta Sarawak untuk menarik lebih ramai pelawat khususnya pelancong.

Beliau juga mencadangkan agar pesta makanan dapat dianjurkan setahun sekali atau dua kali setahun selain program Lan Berambeh yang sudah empat tahun dianjurkan oleh warga kampung. Semua ini tertakluk kepada sambutan orang ramai dan penyertaan tempatan.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang pesta berkenaan meliputi pertandingan memasak rendang daging dan nasi aruk, ngukur nyiur, makan jagung,  demonstrasi memasak dan bengkel etika meja makan. Selain persembahan pentas rama pada malanya.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Puan Sharifah Hasidah, ADUN N.7 Samariang, Datuk Bandar Kuching Utara Abang Atei Madaan dan  Haji Ahmad Mansor, Pengerusi Pengelola.



Diubahsuai dari sumber asal, The Borneo Post (1 Ogos 2010)

Cendol Sungai Bedil boleh jadi jenama global