"
kampung menyediakan banyak peluang kepada industri pelancongan"

YB DATUK HAJI TALIP ZULPILIP
Menteri Muda Pelancongan Sarawak
 
 
 
 
28 Julai 2010. Pelancongan sepatutnya secara ideal diperluaskan ke seluruhan Kuching  berbanding hanya tertumpu kepada beberapa kawasan sahaja,  kata Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talib Zulpilip.

Beliau bercakap di majlis persidangan akhbar  Pesta Makanan Kampung Bedil Besar , kampung menyediakan banyak peluang kepada industri pelancongan

"Saya mahu melihat lebih banyak aktiviti pelancongan dianjurkan di kawasan kecil seperti di kampung-kampung, seperti di BGS (Boyan, Gersik, Sourbaya) dan kawasan Satok,' kata Talib, selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Pesta makanan akan diadakan bermula pada 30 July hingga 1 Ogos , adalah satu contoh bagaimana warga tempatan dapat menggunakan skill kulinari dan meningkatkan pendapatan mereka

“Saya mahu orang ramai terlibat dan menjana pendapatan daripadanya, mana tahu ianya akan menggalakkan industri pelancongan kulinari tourism,” kata Talib.
Terdapat 20 gerai usahawan makanan yang menjual pelbagai juadan dan sajian makanan tradisional bersempena dengan pesta berkenaan hujung minggu ini.

Pesta berkenaan akan menambah lagi kerancakan sambutan Regatta Sarawak dan Pesta Bandaraya

Menurut Talib, salah satu objektif pesta berkenaan ialah untuk mempromosi masakan tempatan kepada pelawat khususnya para pelancong.

“Kita juga mahu menyediakan peserta satu peluang  agar mereka menyedari potensi masing-masing dan kemampuan untuk melahirkan produk yang berkualiti yang mampu mendapat pasaran,” tambahnya lagi

Pesta makanan dianjurkan oleh  SEDC, JKKK Kampung Bedil Besar (JKKK) and Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Pelbagai aktiviti dianjurkan meliputi pertandingan memasak, demonstrasi masakan, pertandingan marut nyiur, makan jagung dan bengkel etika meja makan.

Pengerusi SEDC, Datuk Talib (dua dari kanan)  menunjukkan baner di majlis persidangan akhbar pesta makanan disaksikan bersama oleh Puan Hasidah, ADUN N.7 Samariang (kanan sekali), Pengurus Besar SEDC, Dr. Sulaiman (kiri) dan Haji Ahmad Mansor, Pengerusi Pengelola (dua dari kiri)
(Diubahsuai dari sumber asal dan gambar dari  The Borneo Post (28 Julai 2010)

Persidangan akhbar Pesta Makanan