"Kampung ini berjaya menarik perhatian kerajaan hingga dapat membeli sebidang tanah dengan kos RM50,000 untuk menempatkan Pusat Komunitinya"

MOHAMAD ATEI ABANG MEDAAN
Datuk Bandar Kuching Utara
 
Hakcipta Terpelihara © 2008. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia.
 
 
26 Mac 2010 - Kampung Sungai Bedil Besar mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan Anugerah Kampung Contoh Kejiranan Mesra (KJM) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tahun 2009.

"Selain kejayaan berkenaan, kampung ini telah berjaya menarik perhatian kerajaan dalam banyak hal, hingga dapat membeli sebidang tanah dengan harga RM50,000 untuk menempatkan Pusat Komuniti Kampung.

"Malah semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk membiayai kos membina Pusat Komuniti berkenaan," kata Datuk Bandar Kuching Utara, Mohamad Atei Abang Medaan.

Beliau berucap di majlis penyampaian anugerah berkenaan di ibu pejabat DBKU di Bukit Siol.

Abang Atei berkata, kejayaan kampung berkenaan adalah hasil daripada pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti program gotong royong, pelbagai program keusahawanan dan permuafakatan pintar bersama pelbagai agensi kerajaan.
"Saya menghargai dan memuji usaha-usaha oleh Jawatankuasa Kejiranan Mesra Kampung Sungai Bedil yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah hingga berjaya menjadi kampung ini sebagai rol model." katanya.

Beliau juga menyeru kepada kampung-kampung dibawah DBKU agar berusaha dengan lebih inovatif,  bukan semata-mata anugerah sahaja tetapi juga peruntukan, bantuan dan gran kerajaan.

Abang Atei juga mengingatkan setiap KJM supaya pelbagai program dan projek yang menggunakan peruntukan kerajaan mampu memberi faedah dalam membangunkan masyarakat.

Beliau berkata,  Kampung Sungai Bedil Besar berjaya mendapat perhatian kerajaan pusat hingga mendapat peruntukan untuk membina pusat komuniti mereka.

"Penduduk kampung mesti mampu menunjukkan usaha yang tidak berbelah dan berdedikasi dalam menjayakan apa sahaja program. DBKU bertindak hanya sebagai saluran untuk memandu mereka sebaliknya kejayaan program amat bergantung kepada usaha dan dedikasi masing-masing," ujarnya.



Kpg Sungai Bedil Besar dapat Anugerah Kejiranan Mesra Contoh
Beliau menambah, penduduk kampung  harus berfikir di luar kotak dan unik selain bersikap inovatif, jika mahukan kejayaan.

Haji Ahmad Mansor, Pengerusi KJM Sungai Bedil berkata, kami berjaya adalah hasil daripada kerjasama daripada semua orang dalam kampung.

Anugerah berkenaan menyediakan hadiah galakan berupa peruntukan bernilai RM3,000 dan sijil penghargaan.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah penasihat  KJM Kampung Sungai Bedil, Penghulu Ghani Abone, Timbalan Pengarah DBKU, Jumaini Haili dan pegawai tadbir (Unit Pembangunan Komuniti dan keusahawanan), Morshidi Ahmad.








Diubahsuai dari sumber asal, The Borneo Post (27 Mac  2010)