"kerjasama bersama DBKU melalui program KJMnya, memberi faedah dan menguntungkan  warga kampung"

HAJI AHMAD MANSOR
Pengerusi Jawatankuasa Kejiranan Mesra (KJM) DBKU, Kampung Sungai Bedil Besar
 
Hakcipta Terpelihara © 2008. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia.
 
 
 
6 FEBRUARI 2011 - Sejak pembabitan kampung dalam program Kejiranan Mesra (KJM) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), telah berjaya menguntung dan memberi faedah kepada warga kampung.

"Hal ini terbukti melalui beberapa kejayaan yang dicapai oleh kampung hasil daripada kerjasama dan semangat kerja yang tinggi di kalangan warga kampung." kata Haji Ahmad Mansor, Pengerusi KJM Kampung Sungai Bedil Besar.

Kejayaan ini dapat dilihat apabila pada tahun 2010, DBKU telah mengiktiraf kampung kita dengan Anugerah Kampung KJM Contoh 2010, dan sebagai KJM yang paling aktif sekali, katanya lagi

"Melalui program Lan Berambeh yang diperkenalkan sejak tahun 2007, pembabitan warga kampung dalam program berkenaan amat menggalakkan sekali dan sokongan pihak DBKU selama ini, sememangnya banyak membantu menjayakan program ini hingga kita berjaya menubuhkan sebuah Koperasi, tambahnya lagi.
Haji Ahmad Mansor menyampaikan ucapan alu-aluan di Mesyuarat Agung KJM yang telah dihadiri oleh lebih 60 orang ahli di Surau Nurul Muslimin.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada DBKU yang sentiasa membantu dan memberikan kerjasama kepada warga kampung dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan dibawah payung KJM.

Dalam mesyuarat berkenaan, 15 ahli jawatankuasanya kekal dalam jawatan masing-masing tanpa pertandingan.

Selain itu,  mesyuarat juga bersetuju dengan usul untuk menambah tiga muka baru, menjadikan jumlah ahli jawatankuasa KJM kampung berkenaan seramai 18 orang.

"Kita tidak menghalang malah menggalakkan pertambahan berkenaan memandangkan ianya mampu memantap dan meningkatkan KJM  kampung yang terdiri daripada mereka yang benar-benar mahu bebrakti dan berkhidmat untuk faedah kampung," kata Haji Ahmad.


Selaku Pengerusi KJM sesi 2011-2013, Haji Ahmad turut membentangkan beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan 2011.