"Tema sambutan Maulidur Rasul mampu mewujudkan semangat permuafakatan menerusi jalinan kerjasama"

YB PUAN SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI
Ahli Dewan Undangan Negeri 
N.7 Semariang
 
Hakcipta Terpelihara © 2008. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia.
 
 
26 Februari 2010 - Sejajar dengan tema sambutan Maulidur Rasul 2010, "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah" ia mampu mewujudkan  semangat permuafakatan menerusi jalinan kerjasama dan hubungan baik di kalangan masyarakat Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri N.7 Semariang, Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Sungai Bedil Besar harus dipuji kerana semua masyarakat Islam berhimpun bersama-sama bagi meraikan sambutan Maulidur Rasul.

"Penduduk di sini komited untuk memupuk semangat perpaduan dan gotong royong bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan seterusnya boleh mengeratkan hubungan  silaturahim sesama mereka'" katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis sambutan Maulidur Rasul di Kampung Sungai Bedil Besar yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Surau Nurul Muslimin.
Hasidah berharap sambutan Maulidur Rasul boleh mengubah sikap golongan Islam ke arah yang lebih baik demi menjaga imej Islam di mata masyarakat.

"Sikap keperibadian yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W patut dicontohi supaya masyarakat Islam sekarang boleh menempuh pelbagai cabaran dan halangan bagi menjaga imej Islam tidak tercemar ekoran daripada isu-isu hangat yang melanda di negara kita," ujarnya.

Majlis sambutan bermula jam 7.oo pagi dengan acara perarakan sepanjang empat kilometer dari Kampung Sungai Bedil Besar sehingga ke Kampung Lintang dan kembali semula ke Kampung berkenaan.

Sejumlah 130 orang menyertai sambutan berkenaan , berarak sambil diiringi oleh paluan kompang dan selawat Nabi Muhammad S.A.W.

Selesai perarakan, bacaan zikir oleh Kumpulan Zikir Surau diadakan dan ceramah agama oleh Pengetua SMK Padungan, Dr. Shafie Haji Lugom menyerikan majlis sambutan.


Wujudkan semangat permuafakatan menerusi jalinan kerjasama
Diubahsuai dari sumber asal, Utusan Sarawak  (27 Feb  2010)