"sekiranya pembangunan ekonomi berlaku tanpa adanya keamanan, pembangunan tidak akan dapat dijayakan dengan sempurna"

YB DATUK AMAR ABG HJ ABDUL RAHMAN ZOHARI TUN OPENG
Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak
 
Hakcipta Terpelihara © 2008. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia.
 
 
 
24 Disember 2010 - Pasukan RELA berperanan penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan negeri kerana mereka juga berfungsi sebagai "mata dan telinga" polis dalam menangani sebarang bentuk kegiatan jenayah, katanya.

"Setiap anggota boleh menjadi pemerhati dan membantu memberi sebarang maklumat kepada pihak polis mengenai setiap aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan masing-masing" ujarnya lagi.

Ini kerana pembangunan ekonomi dan keamanan merupakan dua elemen yang harus bergerak seiring dalam menjana pembangunan, kata Datuk Amar Abang Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar.

Beliau berucap di Majlis Pelancaran Platun RELA Kampung Sungai Bedil Besar di kampung berkenaan.
 
Pembangunan ekonomi dan keamanan seumpama aur dengan tebing dan isi dengan kuku, yang saling berkait antara satu sama lain, tambahnya lagi.


"Menyertai pasukan RELA mempunyai banyak kelebihan dan salah satunya ialah ianya memupuk sikap disiplin dan melalui disiplin, seseorang itu akan menjadi lebih baik dan sistematik" tambahnya lagi.

Dengan adanya kerjasama yang erat di antara rakyat dengan kerajaan memastikan keselamatan negara terjamin, ujarnya.

"Kampung ini mempunyai sejarah yang panjang dan menarik yang dapat dilihat peranannya sejak zaman Rajah Brooke lagi dimana keselamatan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan warga kampung", katanya lagi.

Penduduk kampung inilah yang bertanggungjawab menyelamat Rajah James Brooke semasa berlaku pemberontakan Cina di Kuching pada zaman berkenaan, membuktikan bahawa aspek keselamatan yang diamalkan sejak dulu bukanlah satu perkara baru bagi kampung ini, kata Johari lagi.

Dalam pada itu, katanya, semasa perhimpunan RELA di Sibu baru-baru ini, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein melahirkan rasa bangga dengan pasukan RELA di Sarawak yang dianggap aktif dan mempunyai jalinan erat dengan masyarakat.




"Saya akan berbincang dengan beliau (Hishamuddin) terutama untuk terus memperkasakan peranan RELA di negeri ini," jelasnya.

Apa yang penting ialah RELA perlu memperbanyak lagi aktiviti untuk setiap anggota dan menarik lebih ramai menganggotainya khususnya di kalangan remaja, katanya lagi

Pengarah RELA Sarawak, Brig. Jen. (RELA),  Hamfutullah berkata, secara keseluruhannya terdapat seramai 164,000 orang penduduk di negeri ini mengganggotai RELA.

Setakat ini, prestasi platun RELA di Sarawak amatlah baik khususnya di Kuching Selatan dan berharap anggota RELA akan terus memainkan peranan dan komited dengan tanggungjawab ang diamanahkan.

Turut hadir ialah isteri Abang Johari, Datin Amar Juma'aini Tuanku Haji Bujang, Datuk Bandar Kuching Utara, Abang Atei Medaan dan Sharifah Hasidah , ADUN N.7 Samariang.

Diubahsuai dari sumber asal, Utusan Sarawak (25 Disember  2010), Utusan Borneo (25 Disember 2010)  dan The New Sarawak Tribune (25 Disember  2010)
RELA berperanan penting untuk menjamin keselamatan dan keamanan negara