ALHAMDULILLAH.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, maka Laman Web Kampung Kami berjaya diterbitkan menggunakan tenaga warga kampung sepenuhnya sejak Biro ICT, JKKK ditubuhkan pada akhir tahun 2007. Inilah beberapa usaha yang diambil oleh JKKK sebagai badan induk yang memayungi pelbagai badan dan organisasi yang ada di kampung ini. Sejak ditubuhkan, JKKK telah memainkan peranan penting sebagai badan penggerak utama membabitkan bukan hanya memberikan penekanan dari aspek pembangunan fizikal tetapi kini, sedang berusaha untuk memberi penekanan pembangunan modal insan.

Agenda pembangunan ekonomi dilihat sebagai teras utama agar status ekonomi keluarga warga kampung dapat ditingkatkan. Dalam masa yang sama juga, usaha ini mampu mengurangkan masalah pengangguran di kalangan anak-anak mereka yang turut bersama-sama membina keluarga mereka berteraskan kepada aktiviti ekonomi yang diceburi. Warga kampung mempunyai pelbagai kemahiran yang mampu diterolai sepenuhnya dan jika diberi peluang, saya yakin mereka akan menggunakan peluang ini dengan sebaiknya. Walaupun ramai anak-anak warga kampung ini meninggalkan kampung halaman mereka namun perasaan sayang dan cintakan kampung ini tetap kekal di sanubari mereka. Oleh sebab itulah, dengan kedudukan, status dan jaringan yang ada pada diri mereka, menyediakan peluang untuk mereka membantu orang kampung atas dasar ikatan kekeluargaan.

Selain itu juga, tren migrasi dari penduduk luar ke kampung ini sama ada melalui talian perkahwinan menjadikan mereka warga tetap kampung. Walaupun ini adalah sesuatu yang positif, namun jika status ekonomi mereka rendah dibeban pula dengan kos sara hidup yang tinggi masa kini, ianya mampu mengundangkan isu sosial dan secara tidak langsung mampu mewarisi tren kemiskinan keluarga. Oleh itu, program dan aktiviti ekonomi dilihat sebagai satu langkah yang mampu mengangkat status ekonomi mereka.

Semoga semua usaha dan pendekatan yang diambil memanfaat semua pihak dan berkat kegigihan dan komiteman yang tinggi, InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan.

Sekian. Terima kasih.


SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB KAMI.
"pembangunan ekonomi dilihat sebagai teras utama agar status ekonomi keluarga dapat ditingkatkan"
HAJI GHANI ABONE@MORNI
Penghulu Kampung Sungai Bedil besar
Perutusan Haji Ghani Abone @ Morni, Penghulu Kampung Sungai Bedil Besar