Perutusan YB Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya
ASSALAMUALAIKUM WBT.

Dengan adanya kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada JKKK kampung kerana berjaya menerbitkan laman web Kampung Sungai Bedil Besar.

Saya amat berbangga sekali dengan dengan langkah yang diambil dan berharap laman web ini mampu memainkan peranan sebagai perantara penting dalam usaha kita mengurangkan jurang digital dan mendedahkan masyarakat dalam teknologi maklumat. Oleh itu, teknologi maklumat mampu dan membolehkan kita menguasai ilmu yang teras penting bagi pembangunan masyarakat. Masyarakat yang celik IT menyediakan satu landasan kepada kita untuk menguasai ilmu selari dengan perkembangan semasa. Usaha yang diambil ini menyediakan peluang kepada komuniti kampung berinteraksi di alam siber. Dengan jumlah pengguna internet yang sentiasa bertambah, saya yakin laman web ini mampu menjadi medium saluran yang berkesan dan meningkatkan status kampung ini.

Langkah ini juga membuktikan kepada bahawa komuniti kampung harus bersikap proaktif, komited dan bersedia menerima perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Selain itu, laman web ini juga harus digunakan juga sebagai saluran penting untuk meningkatkan status masyarakat kampung dengan menggalakkan industri kotej yang berteraskan aktiviti di rumah. Secara tidak langsung, internet menjadi penting sebab telah menyediakan pasaran kepada semua pihak.

Saya yakin sebab untuk meningkatkan daya beli dan pendapatan keluarga, selain bergantung kepada ketua isi rumah iaitu suami, tetapi isteri juga mampu membantu. Oleh itu, JKKK harus menggunakan peluang ini dengan sebaiknya dengan menekankan nilai-nilai keusahawanan bukan secara konvensional sebaliknya menjadi pengguna internet dengan bijak.

Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi semoga usaha murni memberi dorong kepada kampung-kampung lain khususnya di kawasan parlimen 194 Petra Jaya turut bersama menerbitkan laman web mereka sendiri.

Tahniah dan Syabas.

Sekian. Terima kasih.
"laman web ini mampu memainkan peranan sebagai perantara penting dalam usaha kita mengurangkan jurang digital"

YB HAJI FADILLAH HAJI YUSOF
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya