Kepimpinannya saling silih berganti dari seorang tokoh ke seorang tokoh. Mereka menjalankan pelbagai tanggungjawab dengan penuh amanah untuk memastikan masalah warga kampung mendapat perhatian. Malah Penghululah peneraju utama untuk kemajuan dan pembangunan kampung yang dibantu oleh Ketua Kaum.






Kepimpinan kampung saling silih berganti
KEPIMPINAN
Kampung ini diketuai oleh seorang ketua dikenali dulunya sebagai Tua Kampung tetapi kini digelar sebagai Penghulu. Pada masa dulu jawatan berkenaan disandang seumur hidup tanpa menerima sebarang upah tertentu dan dilakukan secara sukarela. Pertukaran hanya berlaku jika penjawat berkenaan meninggal dunia. Selari dengan tren masa kini, kini jawatan berkenaan adalah secara lantikan selama dua tahun oleh Kerajaan dan menerima gaji bulanan.

Pada masa dahulu, pemilihan jawatan berkenaan amat bergantung kepada ketokohan, kewibawaan dan mereka adalah yang paling dihormati dalam masyarakat. Tokoh-tokoh yang memegang jawatan berkenaan adalah seperti berikut :

(1) Tua Kampung Haji Abdul Rahman Salleh
(2) Tua Kampung Ali Bin Bujang
(3) Penghulu Haji Piee Bin Bohari
(4) Penghulu Haji Sahari Bin Bujang
(5) Penghulu Haji Saidi Bin Ayup
(6) Penghulu Haji Ghani Abone@Morni (1999 hingga kini)
GAMBAR
  1. Tua Kampung Haji Abdul Rahman Salleh
  2. Tua Kampung Ali Bin Bujang.
  3. Penghulu Haji Piee Bin Bohari
  4. Penghulu Haji Sahari Bin Bujang
  5. Penghulu Haji Saidi Ayup
  6. Penghulu Haji Ghani Bin Abone @ Morni
1
2
3
4
5
6
 
Tiada Foto