Catatan sarjana Barat ini menunjukkan bahawa kampung ini telah lama wujud, mungkin sejak Rajah Brooke membina Astananya di seberang sungai, menjadi daya tarikan yang menyebabkan lebih ramai untuk berpindah dan membuka penempatan di sini. Selain itu, Rajah Brooke juga membuka ladang penternakan sapi atau lembu yang dibawa dari England, sebagai sumber minuman susu mentah untuk kegunaan harian beliau.
Oleh itu, orang tempatan menjadi pekerja untuk menjaga ladang ternakannya dan sebagai pekerja astana, secara tidak langsung mendorong mereka membuka penempatan untuk memudahkan mereka berulang alik ke tempat kerja mereka.





Dipercayai diambil dari nama sebuah anak sungai
LATAR BELAKANG
Pelbagai cerita dikaitkan tentang bagaimana kampung ini mendapat namanya. Ada yang mengaitkannya dengan sebuah meriam besar yang diletakkan di istana James Brooke. Tetapi mungkin dapat diterima semua bahawa namanya diambil daripada nama sebuah anak sungai yang merentasi sempadan kampung ini dengan Astana yang dikenali sebagai Sungai Bedil Besar. 
Pandangan seumpama ini dikemukakan sebab banyak penempatan yang dikaitkan dengan sesuatu sama ada pokok, binatang, sungai dan keadaan tempatan atau nama yang telah sedia ada.
Dalam konteks ini, kampung ini mungkin diambil namanya  dari anak sungai berkenaan sebab dua penempatan dinamakan di atas nama dua anak sungai berkenaan iaitu Kampung. Kampung Sungai Bedil Kecil diambil dari nama anak sungai yang dikenali sebagai sungai bedil kecil manakala Kampung Sungai Bedil Besar dari nama anak sungai bedil besar.


PENUBUHAN
Catatan oleh Spenser St. John yang menulis buku "The Life of Sir James Brooke Rajah of Sarawak" telah menceritakan bahawa terdapat beberapa buah rumah di sebelah barat rumah atau astana James Brooke. Jika dilihat dari segi lokasinya, kampung ini terletak di sebelah barat membuktikan bahawa sudah ada penempatan tetapi mungkin tidak dikenali sebagai kampung. Menurut Spenser, semasa berlakunya pemberontakan pelombong Cina di Kuching, kumpulan berkenaan memasuki satu lurah yang dikenali sebagai Sungai Bedil untuk memasuki Istana Rajah.
Lockard dalam bukunya "From Kampung To City", mencatatkan menjelang 1840, kampung Melayu dan sekitarnya terletak di bahagian selatan ke hulu sungai dari bazaar India, tetapi seawal 1850an, sebahagian orang Melayu berpindah ke seberang sungai di sebelah utara. S. Baring dan Blampflyde dalam bukunya, "A History of Sarawak Under Its Two White Rajahs, 1839-1908", juga telah mencatatkan terdapatnya kampung-kampung Melayu sama ada di atas atau di bawah Astana, tugu dan berek.