"apabila saya melawat kampung, saya dapat mendengar daripada mulut wakil rakyat dan pemimpin tempatan mengenai permasalahan rakyat"

YAB DATUK SERI MOHD NAJIB
TUN RAZAK
Perdana Menteri Malaysia
 
 
 
2 Mac 2010 - Lebih daripada 2000 orang berbaris panjang sepanjang jalan kampung untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri Malaysia yang pastinya mencatatkan sejarah kampung.

Program Tinjauan Mesra iaitu program turun padang PM berjumpa rakyat telah memilih Kampung Sungai Bedil Besar sebagai destinasi beliau untuk bertemu dengan rakyat.

Warga kampung tidak melepaskan peluang sebaliknya sanggup berpanas untuk bersemuka dengan lebih dekat dengan Perdana Menteri.

Kebanjiran warga kampung bukan hanya dimabil kesempatan oleh penduduk kampung sendiri tetapi juga turut dibanjiri oleh penduduk kampung sekitarnya.

"Kita amat bersyukur dan bertuah sekali kerana Perdana Menteri sudi untuk meluangkan masa bersama dengan rakyat khususnya di kampung kita kali ini. Ini adalah saat yang mungkin tidak dapat saya lupakan sepanjang hidup saya" kata Penghulu Ghani Abone.

Katanya, walaupun kita sibok dan penat membuat persiapan untuk menerima lawatan
beliau ke sini, namun semua kepenatan berkenaan terbalas dan berasa amat berbaloi sekali apabila Perdana Menteri juga mengumumkan peruntukan untuk kita membina pusat komuniti kampung ini.

"Melalui peruntukan berkenaan untuk membina pusat komuniti kampung akan membolehkan kita menempatkan Tabika KEMAS yang pada masa ini amat mendukacita keadaannya, selain juga menempatkan kelas tusyen dan pusat sumber," tambahnya.

Penghulu Ghani berkata, kaya berasa amat berterima kasih dan menghargai kepada pucuk pimpinan negeri kerana memilih kampung ini sebagai destinasi lawatan Perdana Menteri kali ini.

Lawatan ini akan menjadi peransang dan motivasi buat kami untuk terus bergerak aktif bagi membangunkan kampung khususnya dalam meningkatkan status ekonomi penduduk kampung, katanya.







.

Lebih 2000 orang sambut lawatan Perdana Menteri ke kampung